PICTURE COLLECTIONS

Sunday, June 2, 2013

E-FORM RPM-PBS VERSI 4.04 + BANK KOD EVIDEN 1.0

 

1. Disebabkan saiz fail yang besar untuk E-Form RPM-PBS versi 4.0 sebelum ini, maka eForm RPM-PBS 4.01 eForm RPM-PBS 4.04 di datangkan bersama dengan Pakej Bank Kod Eviden 1.0. Kaedah ini dapat memudahkan proses upload (oleh penulis) dan download (oleh pengguna).

2. Pakej Bank Kod Eviden 1.0 adalah folder yang mengandungi fail-fail excel kod eviden semua subjek yang terlibat PBS 2013. Fail kod eviden berkenaan merupakan sumber data untuk memasukkan kod eviden secara auto ke fail eForm RPM-PBS.

3. Pengguna perlu download fail template eForm RPM-PBS 4.01 eForm RPM-PBS 4.04 dan folder Bank Kod Eviden 1.0. Untuk mengimport (install) eviden sesuatu subjek, buka fail template eForm RPM-PBS 4.01 eForm RPM-PBS 4.04 dan klik 'MENU UTAMA' --> 'INSTALL EVIDENCE' dan pilih fail eviden sesuatu subjek daripada folder Bank Kod Eviden 1.0 yang telah dimuat turun.

4. Sekolah yang telah menggunakan (telah menempah) versi 3.xx, akan diberikan fail template versi 4.01 versi 4.04 (lengkap dengan logo dan nama sekolah) + Bank Kod Eviden 1.0 (harap bersabar). Kemudahan 'REFILING' disediakan untuk mengimport semua data dari fail versi 3.xx ke versi 4.01 versi 4.04. Fail versi 4.01 versi 4.04 lebih mesra pengguna dengan penggunaan 'MENU UTAMA' dan panduan di status bar (kredit kpd Cikgu Rangga - SMK Melugu, Sarawak kerana sudi berkongsi idea dan macro code)

5. Panduan penggunaan versi 4.01 versi 4.04 terdapat dalam helaian 'Panduan 4.04' dalam fail Template E-Form RPM PBS 4.04 tersebut.

6. Selain daripada penambahan lebih banyak kemudahan dan output, 'setup' muka surat versi 4.04 juga 'mesra fail' yakni mempertimbangkan ruangan untuk membuat 'punch hole' supaya tidak menjejaskan cetakan.

Sunday, February 10, 2013

PENGENALAN E-FORM RPM-PBS VERSI 4.04

Gambar adalah untuk ilustrasi sahaja. Pakej eForm RPM-PBS adalah
fail-fail MS Excel 2013 dalam bentuk softcopy sahaja
1. eForm RPM-PBS (eForm Rekod Prestasi Murid-PBS) adalah borang transit untuk merekod perkembangan prestasi akademik pelajar dalam sesuatu subjek sebelum data terakhir dimasukkan ke dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) secara dalam talian. Fail ini dibina menggunakan MS Excel 2003.

2. Peranan utama fail ini adalah mengumpul, menganalisa dan memaparkan prestasi setiap pelajar dalam setiap eviden secara auto di helaian 'eReport I' atau helaian 'eReport II' mengikut susunan: Band --> Diskriptor --> Eviden, seperti mana yang terdapat dalam talian SPPBS.
Oleh itu guru subjek tidak perlu bersusah payah menanda dan melengkapkan borang rekod perkembangan murid mengikut band yang selama ini dibuat secara manual. Guru subjek hanya perlu menandakan eviden mengikut bab/topik semasa mengikut keperluan dan kelapangan masa guru subjek sendiri pada bila-bila masa tanpa tekanan.


3. Jika untuk tujuan rujukan 'key-in' data ke dalam talian SPPBS, guru tidak perlu mencetak helaian 'eReport I'. Guru hanya perlu buka laman SPPBS dan fail ini dalam pc/laptop yang sama dan paparkan dalam 'windows' yang bersebelahan sahaja.

4. Di helaian 'ANALISA' disediakan analisa bilangan calon yang telah menguasai setiap eviden. Analisa ini amat berguna untuk mengetahui kelemahan dan kekuatan pelajar dalam sesuatu kelas dalam setiap eviden supaya tindakan susulan yang sesuai dapat diambil agar kelemahan ini tidak dibawa ke peringkat tingakatan yang seterusnya.

5. Namun sebelum menggunakan fail ini pastikan setting macro untuk MS Excel telah disetkan kepada 'Enable'.

PANDUAN PENGGUNAAN EFORM RPM-PBS 4.04

Maklumat asas yang diperlukan dalam helaian 'HOME PAGE'

Peringatan:
Sebelum anda menggunakan fail ini, pasikan setting macro pada MS Excel di laptop anda adalah dalam mode 'Enable'. 

1. Dalam helaian ‘HOME PAGE’ lengkapkan maklumat asas yang diperlukan.

2. Dalam helaian 'EVIDEN'  import data pernyataan band, kod eviden dan pernyataan eviden dengan klik 'MENU UTAMA' --->  'INSTALL EVIDENCE' dan seterusnya pilih fail kod eviden daripada bank kod eviden yang dibekalkan. Senarai pernyataan band akan dimasukkan di 'Bahagian B' manakala kod eviden dan pernyataan eviden akan dimasukkan di 'Bahagian C'.

3. Langkah seterusnya adalah membuat pemetaan (masih dalam helaian 'EVIDEN' ).
Di 'Bahagian A' daftarkan senarai bab / unit dan tajuk subjek yang berkenaan. Di 'Bahagian C' dalam lajur 'Bab/Unit/Tema' petakan setiap eviden mengikut bab/unit/tema yang berkenaan dengan hanya memilih daripada senarai 'dropdown list' yang disediakan. 'Dropdown list' terhasil daripada pengisian di Bahagian A.


Contoh Bab yang didaftarkan untuk Matematik Tingkatan 1

Beberapa fail Kod Eviden telah disertakan dengan pemetaan hasil daripada sumbangan beberapa rakan guru yang sudi berkongsi. Maka langkah 3 akan disempurnakan secara auto ketika proses mengimport kod eviden (langkah 2).

4. Dalam helaian 'CALON' daftarkan senarai calon dan No KP/sijil lahir.
Cadangan: dapatkan senarai pelajar daripada laman APDM yang dimuat turun (fail MS Excel) oleh guru kelas atau admin APDM sekolah anda. Gunakan arahan 'paste value' apabila 'paste' sebarang data ke dalam fail ini supaya tidak merosakkan format sel yang disediakan.

5. Dalam setiap helaian BRPM, klik menu 'IMPORT EVIDEN' untuk menyenaraikan eviden yang berkaitan dengan sesuatu bab berkenaan. Klik juga menu 'IMPORT CALON' untuk menyenaraikan calon-calon yang terlah didaftarkan.

6. Cetak helaian mengikut bab/unit/tema yang anda sedang ajar. Selepas membuat sesi pentaksiran, tandakan pencapaian pelajar berdasarkan eviden dalam helaian yang anda telah cetak tersebut. Guru subjek tidak semestinya memasukkan maklumat dalam fail ini  setiap kali selepas mengadakan pentaksiran, kerana anda telah merekodkan secara 'hard copy' dalam helaian yang anda telah cetak tersebut. Data hanya perlu dimasukkan dalam fail ini apabila wujud keperluan untuk menganalisa dan membuat cetakan pelaporan prestasi pelajar secara 'off-line' seperti pelaporan untuk:
a) Laporan Prestasi Akademik PBS Penggal 1.
b) Laporan Prestasi Akademik PBS Penggal 2.
c) Pelajar berpindah ke sekolah lain.
d) Rujukan pada bila-bila masa untuk memudahkan anda input data secara online kerana prestasi pelajar dijanakan mengikut band seperti format dalam talian.

7. Pelbagai analisa dan senarai boleh diperolehi daripada penggunaan fail ini. Sila klik 'menu utama' untuk memperolehi kemudahan-kemudahan tersebut.         

8. Simpan (save) fail dengan nama yang sesuai dan mudah dikenali kerana seorang guru sudah pasti akan mengendalikan beberapa fail mengikut bilangan kelas dan subjek yang diajar. Jika anda menggunakan versi MS Excel yang lebih tinggi, pastikan anda 'save as' kepada format yang 'enabled macros'.

9. Penggunaan fail ini hanyalah sebagai instrumen untuk membantu guru subjek dalam merekodkan data akademik PBS. Jika anda lebih selesa dengan menguruskan rekod prestasi PBS dengan kaedah tersendiri, anda digalakkan meneruskan kaedah tersebut kerana yang penting dan muktamad ialah data yang anda 'key-in' dalam laman SPPBS.

10. Fail ini boleh digunakan untuk semua subjek. Namun terdapat beberapa kekangan penggunaan fail. Penggunaan fail ini terhad kepada:

a) Subjek yang mempunyai sehingga 20 bab / unit / topik sahaja. Jika lebih daripada 20 bab/unit sila gabungkan beberapa bab untuk 1 helaian BRPM.

b) Subjek yang mempunyai sehingga 175 eviden keseluruhan sahaja.

c) Bilangan eviden setiap bab/unit/topik terhad kepada sehingga 20 eviden sahaja. Jika wujud bab/unit/topik yang melebihi 20 eviden, dicadangkan supaya bab tersebut didaftarkan kepada dua bahagian. Contoh: Bab 01A dan Bab 01B. (Contoh: Subjek PI Tingkatan 1)

d) Bilangan murid terhad sehingga 60 orang sahaja.  

SOAL JAWAB TENTANG PENGGUNAAN FAIL E-FORM RPM-PBS



Entri ini akan memaparkan soal jawab berkaitan penggunaan eForm RPM-PBS yang dikemukakan oleh rakan setugas samada melalui lisan atau email arrivai@yahoo.com. Soalan terkini saya letakkan di bahagian atas untuk memudahkan cikgu membaca terus kepada permasalahan terkini.


Q9: Boleh tak 'burn' ke dalam CD sahaja fail-fail Borang Transit tersebut dan hantar melalui pos laju?
A9: Boleh, tetapi saya tidak galakkan kerana melibatkan kos tambahan dan masa pengurusan ke pejabat pos. Kos tambahan RM15 akan dikenakan untuk menampung kos pembungkusan (menggunakan sampul khas untuk CD) dan penghantaran melalui pos laju. Namun, perkhidmatan 'burn' ke CD adalah percuma untuk sekolah dalam daerah Keningau sahaja.

Q8: Adakah fail ini boleh saya gunakan jika saya ingin mengajar mengikut band (tidak mengikut tajuk) kerana buku pentaksiran yang saya gunakan disusun mengikut band?

A8: Boleh. Caranya, di BAHAGIAN A: SENARAI BAB/UNIT  dalam helaian EVIDEN cikgu daftarkan Band sebagai Bab (sama seperti di BAHAGIAN B: SENARAI PERNYATAAN STANDARD Lihat contoh gambarajah di bawah.

Q7: Saya dah Copy and Paste daripada DSP PJK T2 ke excel biasa sebelum Copy & Paste ke aplikasi Eform PBS. Selepas Copy & Paste ke aplikasi Eform PBS, saya perasan garisan antara cell bagi setiap eviden tu dah hilang.

A7: Jika nak paste data ke dalam fail ni sila gunakan Paste Special --> text (atau value) rujuk gambarajah di bawah (pengguna MSExcel 2007). Jika gunakan kaedah paste sahaja pun tak masalah, file masih berfungsi tetapi mengganggu format pada sel berkenaan (nampak tak kemas).



Q6: Cikgu, utk BHG C,senarai evidens PBS, blh tak modify supaya 1 pernyataan evidens dapat digabungkan dengan lebih byk utk bab/unit. Ini kerana, setiap Bab/Unit boleh digunapakai utk band2 yg lain khususnya utk PJ

A6: Boleh.. caranya, dalam helaian bab yang berkenaan, selepas cikgu klik IMPORT EVIDEN, senarai eviden yang didaftar untuk bab berkenaan akan dipaparkan. Jika cikgu nak tambah eviden lagi untuk bab berkenaan, di Bah A, klik sel eviden yang kosong dan pilih eviden drpd 'dropdown list'.. 

Dalam gambarajah di atas, eviden 1 hingga 5 adalah eviden yg telah didaftar awal untuk bab berkenaan (boleh diimport terus). Jika nak tambah lagi eviden (kes wujud eviden yang boleh berada dlm beberapa bab) klik sel kosong pd ruang eviden dan pilih eviden daripada 'dropdown list' (jika list eviden tak kelihatan sila skroll ke atas sikit...).

Q5: Subjek saya ada unit pembelajaran adalah 30 unit, fail ni hanya menyediakan 20 helaian bab saja. Boleh tambah lagi ke tu cikgu?

A5: Cikgu boleh gabungkan beberapa unit dalam satu helaian tetapi jangan melebihi 20 eviden dalam gabungan unit berkenaan. Download sample file (combined units) yg sy sediakan dalam folder sekolah rendah.

Q4: Sesetengah column masih tertera dgn TINGKATAN, misalan saya mengajar KSSR PJ, bila saya key in, ianya tertera PJ Tingkatan 1, walhal sy mgajar Tahun 1.

A4: Perkataan TINGKATAN akan berubah menjadi TAHUN apabila kategori di helaian HOME adalah RENDAH.
Q3: Bagaimana jika wujud eviden yang sama dalam beberapa bab. Contohnya B6D1E1 (Menyelesaikan masalah matematik dalam suatu situasi dengan kaedah penemuan baru) dalam DSP Matematik Tingkatan 1, sedangkan setiap eviden hanya boleh didaftarkan dalam 1 bab sahaja di helaian EVIDEN.

A3: Dalam helaian setiap bab, eviden boleh dimasukkan secara manual dengan memilih eviden berkenaan daripada senarai 'dropdown list' yang disediakan.
Q2: Bagaimana jika terdapat pelajar yang berpindah ke sekolah lain?
A2: Pastikan guru subjek menandakan semua prestasi pada eviden yang telah ditaksir untuk pelajar berkenaan. Dalam helian 'E-REPORT I', pilih nama pelajar berkenaan. Klik menu 'REFRESH' untuk mengemaskini prestasi. Cetak helaian tersebut dalam 2 salinan (1 salinan untuk guru subjek dan 1 salinan untuk pelajar). Selepas cetakan dibuat, bolehlah guru subjek memadam data pelajar berkenaan dalam helaian 'CALON' dan setiap helaian bab yang berkenaan.
Q1: Bagaimana sekiranya terdapat pelajar baharu masuk sedangkan saya telah membuat pentaksiran untuk beberapa bab kelas tersebut?
A1: Daftarkan pelajar di helaian 'CALON' di bahagian bawah senarai dalam kotak yang disediakan kemudian dalam helian bab yang berkenaan di bahagian bawah senarai No. Kad Pengenalan, pilih No. Kad Pengenalan pelajar berkenaan dan seterusnya klik menu SORT CALON. Jangan klik menu IMPORT CALON kerana arahan ini akan memadam semua data prestasi dalam bab tersebut sebelum mengimport senarai calon.


Pertanyaan cikgu di alu-alukan..

<< Langkah 3 ||  Pengenalan>>

EDIT LOGO DAN NAMA SEKOLAH



1. Penggunaan fail eForm RPM-PBS ini adalah bebas dan percuma dan ianya 'full version'. Walaupun terdapat nama dan logo SMK Keningau 2, pengguna boleh abaikan sahaja kerana apa yang menjadi data rasmi adalah data yang cikgu key-in dalam laman web SPPBS. 

Namun sekiranya cikgu ingin juga jadikan sebagi dokumen rasmi iaitu inginkan versi yang mempunyai logo dan nama sekolah cikgu sendiri sila emailkan butiran berikut ke arrivai@yahoo.com
  1. Logo sekolah dan logo JPN yang jelas (dicadangkan dalam format PNG).
  2. Nama, alamat, no. telefon, no. faks dan kod sekolah.
  3. Nama sekolah dalam tulisan jawi dalam format 'picture' (optional)
  4. Pilihan subjek elektif KHB yang ditawarkan di sekolah cikgu (untuk sekolah menengah sahaja)
  5. Sumbangan : RM60 sahaja (Promosi)  yang di bank-in ke akaun dan atas nama seperti di bawah:CIMB : 1003-0022512-52-5Nama Penerima: ARIVAI BIN PASITTAI.Selepas bank-in sila maklumkan di talian 014-8621969.
Apa yang anda perolehi:

1. Template eForm RPM-PBS versi terkini ( versi 4.04)

2. Bank Kod Eviden 1.0 yang mengandungi Pernyataan Band, Kod Eviden dan Pernyataan Eviden untuk semua subjek (Sekolah Menengah: T1 dan T2 sahaja, Sekolah Rendah: Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 sahaja). Maka guru hanya perlu daftarkan Bab/Unit/Tema sahaja iaitu buat 'pemetaan' mengikut Bab/Unit/Tema dalam tapak yang disediakan.
Semua item 1 hingga 2 adalah dalam bentuk 'softcopy'. Sekolah yang menempah akan diwujudkan akaun percuma di www.4shared.com atau www.box.com yang akan di 'upload' dengan semua Template eForm RPM-PBS versi terkini dan Bank Kod Eviden. Pengguna boleh mengakses akaun tersebut menggunakan username dan password yang diberikan.

Berikut contoh akaun 4shared untuk sekolah menengah dan sekolah rendah:



Contoh akaun 4shared sekolah menengah

Contoh akaun 4shared sekolah rendah

Kepada rakan guru yang telah menempah, fail-fail akan di 'upload' secara berperingkat-peringkat ke akaun 4shared sekolah anda. Sila jangan tukarkan password sehingga urusan 'upload' selesai dibuat.

Dan tidak lupa juga ribuan terima kasih kerana sudi menyumbang dan membantu mempromosikan penggunaan fail ini. Semoga usaha 'kecil' ini dapat  membantu meringankan beban kerja insan guru dan dalam masa yang sama dapat menyumbang kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan.



Nota:
Sebahagian daripada sumbangan anda akan di salurkan ke Tabung Wira Lahad Datu (TWLD) Maybank: 5142 7133 9000 (Media Prima). Sumbangan untuk TWLD telah dihentikan. Sumbangan rakan-rakan guru akan disalurkan ke Tabung Gaza dan kebajikan yang ada di sekitar daerah saya (Keningau, Sabah). dibekukan sementara untuk beri keutamaan kepada TWLD.

 


Wah seronoknya menjadi cikgu PBS, sempat menderma dan insya Allah mendapat balasan pahala di akhirat kelak. Sumbangan setakat RM60 (masih promosi) tak perlulah guna tabung sekolah, cikgu buat 'collection' RM1 pun dah lebih dari cukup. Ketua Bidang dan guru cemerlang sumbang lebih sikit lah. Nak sumbang lebih RM60 pun boleh..

(Tiba-tiba tanduk muncul atas kepala):
Tak perlu susah-susah nak beri sumbangan, ada kawan saya boleh 'crack' password dan tukar logo dan nama sekolah fail ni....

Alamak cikgu!, diberi peluang beramal, janganlah pula memilih yang sebaliknya.

22/03/2013: Akhirnya tergerak untuk menyelitkan 'printscreen' transaksi terkini sumbangan ke akaun TWLD. Semoga sumbangan yang sedikit ini bukanlah yang terakhir, dan hanya mengharapkan keredhaan Nya semoga prajurit negara dan keluarga mereka dipermudahkan segala urusan..

Bukti sebahagian sumbangan rakan guru disalurkan ke TWLD