PICTURE COLLECTIONS

Sunday, February 10, 2013

PENGENALAN E-FORM RPM-PBS VERSI 4.04

Gambar adalah untuk ilustrasi sahaja. Pakej eForm RPM-PBS adalah
fail-fail MS Excel 2013 dalam bentuk softcopy sahaja
1. eForm RPM-PBS (eForm Rekod Prestasi Murid-PBS) adalah borang transit untuk merekod perkembangan prestasi akademik pelajar dalam sesuatu subjek sebelum data terakhir dimasukkan ke dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) secara dalam talian. Fail ini dibina menggunakan MS Excel 2003.

2. Peranan utama fail ini adalah mengumpul, menganalisa dan memaparkan prestasi setiap pelajar dalam setiap eviden secara auto di helaian 'eReport I' atau helaian 'eReport II' mengikut susunan: Band --> Diskriptor --> Eviden, seperti mana yang terdapat dalam talian SPPBS.
Oleh itu guru subjek tidak perlu bersusah payah menanda dan melengkapkan borang rekod perkembangan murid mengikut band yang selama ini dibuat secara manual. Guru subjek hanya perlu menandakan eviden mengikut bab/topik semasa mengikut keperluan dan kelapangan masa guru subjek sendiri pada bila-bila masa tanpa tekanan.


3. Jika untuk tujuan rujukan 'key-in' data ke dalam talian SPPBS, guru tidak perlu mencetak helaian 'eReport I'. Guru hanya perlu buka laman SPPBS dan fail ini dalam pc/laptop yang sama dan paparkan dalam 'windows' yang bersebelahan sahaja.

4. Di helaian 'ANALISA' disediakan analisa bilangan calon yang telah menguasai setiap eviden. Analisa ini amat berguna untuk mengetahui kelemahan dan kekuatan pelajar dalam sesuatu kelas dalam setiap eviden supaya tindakan susulan yang sesuai dapat diambil agar kelemahan ini tidak dibawa ke peringkat tingakatan yang seterusnya.

5. Namun sebelum menggunakan fail ini pastikan setting macro untuk MS Excel telah disetkan kepada 'Enable'.

29 comments:

  1. Amat mengagumkan,salute uolls.sistem yg cukup efektif dan sistematik.blhkah saya mcadangkan agar sistem ini didapat dikongsi dengan sekolah2 yg lain?sbb saya ingatkan template yang cikgu provide lam link download tersebut dapat digunapakai oleh semua sekolah....tetapi tidak.igin minta jasa baik ckgu agar, template eForm RPM-PBS ini dapat diedit dan digunakan oleh sekolah2 lain.....terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  2. TQVM. Nak tukar logo sila baca di sini http://eformrpm-pbs.blogspot.com/2013/02/edit-logo-dan-nama-sekolah.html

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih Tuan, amat bermanfaat bahan yang dikongsikan.

    ReplyDelete
  4. Sekolah Rendah punya di mana nak download? Status kandungan fail adalah 0!! Please help.

    ReplyDelete
  5. macam mana nak download yer...xjumpa link nya pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila klik pada folder Sekolah Menengah / Sekolah Rendah dalam ruangan box tersebut.

      Delete
    2. tq.....1 lagi Jika wujud bab/unit/topik yang melebihi 20 eviden, dicadangkan supaya bab tersebut didaftarkan kepada dua bahagian. Contoh: Bab 01A dan Bab 01B. macam mana nak buat 2 bahagian tu yer....tq

      Delete
    3. Contoh: Bab 1 mempunyai 30 pernyataan eviden. Daftarkan 20 eviden yang pertama dalam Bab 01A di helaian Bab (1) dan selebihnya dalam Bab 01B di helaian Bab (2). Nama helaian Bab (1) hingga Bab (20) hanyalah sebagai nama helaian sahaja, bukan semestinya mewakili nama bab.. Boleh tau subjek apa cikgu?

      Delete
    4. Selamat Petang admin
      Saya tak berapa paham mcm ner nk download ni
      Saya mengajar PJPK Tahun Satu, DST Tahun 2 dan Tahun 3 dan Matematik Tahun 2
      Jadi mcm mana?

      Delete
    5. 1. klik folder 'SEKOLAH RENDAH'
      2. klik fail yg nak download
      3. klik menu 'Muat Turun'
      4. pada 'Choose download type' pilih MUAT TURUN PERCUMA (masa menunggu 20 saat)
      5. login akaun 4shared anda (jika anda xpernah mdaftar di www.4shared.com, daftarlah dahulu ianya percuma)
      6. sekali lagi pada 'Choose download type' pilih MUAT TURUN PERCUMA (masa menunggu 20 saat)

      Delete
  6. Terima kasih ats perkongsian ini. saya sangat menghargainya..:)-

    ReplyDelete
  7. Cikgu, BI ada tak?? Sy tgk dlm 4shared takde.. :(

    ReplyDelete
  8. cikgu, bila link download akan dibuka kembali? saya nak cuba guna e-form cikgu ni

    ReplyDelete
  9. Cikgu... bole ka eform ni digunakan utk pendidikan khas? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy telah melihat sepintas lalu DSP Pend. Khas, struktur dan format pernyataan eviden adalah sama. maka ianya boleh digunakan utk pendidikan khas.

      Delete
  10. Cikgu.. boleh tak hantar ke email saya untuk sekolah rendah... takda pon dalam fail tu utk sekolah rendah. ini email saya. qasehola1310@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. cth fail utk sekolah rendah telah diupload..

      Delete
  11. Macam mana nk beli e form ini?berapa harganya?saya mengajar pendidikan sivik T1 dan T2..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rujuk entri EDIT LOGO DAN NAMA SEKOLAH

      Delete
  12. cikgu saya pn nor masleen Mukhtar dari Smk Sultan Abdul Samad, Klang berminat utk menggunakan e-form PBS....jadi mcm mana saya nak dpatkan ye cikgu....thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila download drpd ruangan muat turun yg disediakan..

      Delete
    2. Sila download drpd ruangan muat turun yg disediakan..

      Delete
  13. saya dah download tapi folder dia yang mana?

    ReplyDelete
  14. kena ada apa-apa applikasi ke sbb saya dah download tapi mcm mana nak on kan e-form tu

    ReplyDelete
  15. cikgu saya masih belum dapat melihat e-form ini .......saya dah muat turun tapi mcm mana nak installah sbb tiada aplikasi nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xperlu install cz ianya fail MS Excel sahaja..

      Delete